August 18, 2016

Trip Ke Jepun - Part 1 (KL to Haneda)

Moshi -moshi !

Mode japs sangat baru balik dari Jepun jumaat lepas hahah.  Previous post dah hampir setahun lepas, bersawang sangat blog ni. Tiba-tiba teringat nak menulis semula disebabkan fresh lagi baru balik heheh mungkin boleh dijadikan panduan and of course sebagai kenangan untuk diri sendiri.

Last week 4.8.2016, bertolak lah aku dengan my lil brother ke negara matahari terbit hasil grab tiket sale beli hujung tahun 2015,RM 650 tak termasuk luggage n meal.just the two of us dah ala-ala nobita dengan doraemon. Flight dari KLIA2 pukul 2.30 pm dan sampai di haneda lebih kurang 10.30 pm waktu jepun. masa penerbangan lebih kurang 7 jam. Disebabkan sampai di sana waktu malam agak lambat, mengambil kira isu -isu lain aku awal-awal lagi dah decide untuk tidur di airport saja malam first kat jepun. *jimat 1 malam penginapan. 

Lepas settle imigeresen dan ambik barang, kami pon cari spot nak lepak jap releks2 dan lepas tu naik ke level departure nak solat. Surau di Haneda airport ada dua bilik. nak masuk just tekan interkom dan pintu pon terbuka lah. kang nak kuar ada sensor, berdiri je kau kat pintu terbuka lah ha pintu. settle solat, turun balik ke level arrival sebab rs nya lebih tenang dan ada banyak seat. kami cari spot nak tidur tapi ramai dah jugak manusia yang memenuhi kerusi-kerusi kat situ. tidur lah jugak ala kadar. tapi sebelum tu sempat ke lawson* convenience store beli mineral water dan onigiri. turns out that was sparkling water..nasib lah nak tak paham bahasa jepun...then zZZ. Btw ada jugak bilik untuk shower, 30 minit dalam Y 1,030.

Aku dah decide nak aktifkan JR Pass yang aku dah beli kt JTB,Isetan KLCC esoknya. Ofis JR buka tak salah aku pukul 8.45 pagi. so dalam menunggu tu, aku sambung ja tidur walaupun dah cerah terang benderang, ,( subuh pukul 3 lebih pagi,),manusia pon sibuk lalu lalang. Sebelum 8.30 a.m aku dah beratur untuk tukar exchange order JR Pass, boleh tahan ramai beratur pon dengan tujuan yang sama. Make sure nama pada exchange order sama sebijik dengan passport ye. 

Harga untuk ordinary 7 days , Y 29,110 . Waktu aku beli dengan currency semasa waktu tu RM1,136.00 . exchange order ni tempoh sah laku 3 bulan dari tarikh beli, so make sure waktu nak beli tarikh korang nak guna kat jepun tak lebih dari 3 bulan akan datang. tapi waktu beli pon, staff JTB akan tanya bila korang nak ke Jepun tu. Settle urusan redeem JR Pass. terus nak gerak ke tempat tinggal kami yang aku dah book through AirBnb di Taito-ku, dekat dengan stesen Uguisudani (JR Yamanote line) jepun ni punya lah banyak line train.,,urrrr

nak ke uguisudani ni, just guna monarail (cover by JR Pass) ke stesen hamamatsucho, dan dari situ tukar ke JR yamanote line ke Uguisudani... okayh setel part 1. bab jalan-jalan ..coming soon dalam volume akan datang.


November 15, 2015

Makan Angin di Medan (Part 2) Danau Toba- Samosir- Berastagi

Okay, sambung part 2. Day-2, Pagi-pagi kami bertiga bersiap packing barang sekali sebab malam ni bakal pindah hotel lagi, tidur di berastagi. Adit datang pick-up barang sebab kononnya nak bekpes kat atas, (hotel ni ada 2 restoran) sekali tutup daa, so kteorang bekpes kat area bawah. Lepas bekpes kteorang berkumpul kat area lobi jalan ramai pergi jeti naik feri nak menyusuri tasik danau toba untuk ke pulau samosir. Dekat je jalan, so no worries.Hehe

Masa feri belum bergerak adalah kanak-kanak dok berenang-renang kat dalam tasik suruh lempar duit, so diorang akan berenang cari syiling tu. Cara diorang cari rezeki, and tunjuk skill swimming diorang. View sepanjang menyusuri tasik Subhanallah, sangatlah indahnya. Kami bertiga dok tak diam jalan sana-sini makan angin atas feri sambil ambil gambar ala Malaysia's next top model gitu hahahah.





Sampai je kat pulau tu, berkumpul la dengar tourguide bercerita pasal kisah raja-raja diorang dan jalan-jalan melawat perkampungan orang Batak disini.


November 14, 2015

Western Australia Trip 29.9.2015- 6.10.2015 - Part I ( KLIA2 ke Perth Int Airport) - Albany

Hai semua, entry setahun sekali hahah. okay, sebab agak baru trip ni jadinya rasa ada semangat sikit nak bercerita. *kot-kot ada yang baca nak tahu serba sikit untuk trip korang. trip terbaharu adalah Perth & Southern Part of Western Australia.

Tiba hari dinanti, 29.9.2015, tapi mood biasa-biasa ja dulu sebab masih kerja kan macam biasa sebab flite malam kul 12.05 camtu, dah masuk 30hb. jangkamasa penerbangan dalam 5 jam lebih sket so sampai Perth International Airport awal paginya. Kul 5 dah cerah weyh.


so ni part paling berdebar, cek imigresen sebab katanya ketat kan kalo ke Australia ni. Seperti nasihat-nasihat yang selalu dibaca adalah tentang makanan. apa yang boleh dibawak and tak boleh bawa. dairy product memang sah tak boleh bawak. yang penting declare pada kad yang diorang bagi, ubat ubatan..kang tak pasai bayaq denda. dan satu lagi memang biasa akan ada anjing pengesan kat situ alhmdulillah kteorang tenang je dan lepas dengan jayanya dan tanpa perlu buka beg luggage untuk dicek. sambal ikan bilis pon selamat.


Misi seterusnya adalah nak ke Perth city sebab kteorang sewa kereta di Aries Car Rental yang kat area CBD.  Cara paling murah, first keluar je dari airport tunggu bas free kat depan pintu keluar untuk naik airport transfer ke Terminal 3 &; 4 iaitu terminal domestik . rasa blur-blur tanya je pak cik mak cik jaket kuning heheh. diorang ni volunteer kat airport. bila dah turun kat sini, tunggu bas no. 37 & 40 untuk ke city. jangan risau ramai selalunya dok menunggu nak naik bas ni. tambang dalam 4.2 aud/pax bergantung kepada tempat korang nak turun. yang penting jimat!


Selesai urusan kereta sewa, bergeraklah kami berempat ke Albany. Albany lebih kurang 400+ km dari Perth. Sebelum tu  nasihat dari orang tempat kteorang sewa kereta. disebabkan nak drive jauh, ke suburbs, dinasihat untuk tak drive selepas 5 p.m sebab takut binatang binatang liar terutamanya kanggaroo lah. kanggaroo liar ni katanya suka melintas jalan ikut suka dia. kang accident..naya.

Our ride- nissan micra

On the way ke Albany kteorang ada berhenti di beberapa tempat. yelah jauh perjalanan katakan.. sepanjang perjalanan mata disajikan dengan pemandangan tenang.. ladang-ladang hijau dan yang paling tak boleh lupa ladang canola.. kuning mata hitam ku. cantik sangat! Lebih kurang pukul 3.00 petang kami sampai di Albany. Lega after a long drive. Tempat tinggal malam tu dah booking di George on the Terrace..

February 08, 2015

Makan Angin di Medan-KLIA2 to Kualanamu - Parapat (Part 1)

Hell0! it has been a while since my last post though I wanna write so much! Malas.. OK, Nak berkongsi cerita kisah makan angin baru-baru ni di Medan, Indonesia. 4hari 3 malam, Flite tiket dah lama beli RM78 return which is super cheap! Kali ni trip tiga orang termasuk diri sendiri. Flite dari KLIA2 ke Airport Kualanamu pukul 8.45 pagi on 23rd January 2015, boarding QZ 121, trip pertama bagi tahun 2015. 

Macam biasa, aku akan ambik ERL dari putrajaya. Aim untuk board train kul 7.20 pagi, so akan sampai KLIA dalam 7.40. Dek terlambat keluar rumah, terlepas tren dan the next train 7.50 pagi! kteorang terpaksalah redha meaning akan sampai KLIA2 pukul 8.12 dan kteorang punya gate akan tutup pukul 8.25 pagi. Masing -masing buat muka tenang tapi berdebar nak start amazing race kat airport kejap lagi. Hasil kegigihan kami berjaya sampai gate dan naik flite walaupun masing-masing tahap pancit gila. Kami passenger last la senang cerita, dah tak ada orang menunggu untuk board flite hahhaha.

Kawan i yang last sekali uolss hahah.

Masuk ja dalam flite, relax-relax nak hilangkan penat berlari. Dah dapat arrival card, kami pon sibuk nak mengisi borang custom whatsoever. Aku tunggu turn nak guna pen. Baru aku nak menulis dah announce akan mendarat sekejap lagi! Hehe, kejap gila. Dalam 50 minit rasanya, tapi take off dan landing yang ambik masa.Lantak aku tulis jugak lapik apa ada. Sebab kang dah sampai airport tergendala pulak urusan. 

Dah sampai....Kualanamu International Airport

Sampai, setelkan urusan imigresen dan terus keluar. Alhamdulillah urusan kat kaunter imgeresen went smoothly. Sambil jalan mata meliar tengok kot ada peminat tunggu dengan sepanduk pegang nama aku hahha peminat la sangat. Kteorang dah tempah pakej dari Fantasy Holiday RM520/pax fullboard. Korang bley contact diorang through emel: fantasyhol@gmail.com Selalu travel sendiri, tapi disebabkan faktor muka bumi, pergi pon bertiga ja dan lain-lain so lupakan ja. Nak upah supir asing-asing lagi mahal! Lagipon Indonesia pon minyak naik harga.Lagi mudah dan aku rasa berbaloi dah tak payah fikir apa dah. Dah pusing-pusing tak nampak pulak orang pegang kertas nama aku, relax seminit dua, pusing-pusing badan.. ada ha. tadi tak perasan. 

Terus pergi terjah, guide driver kteorang Mr welfrit seperti yang dah di maklumkan dalam emel. Aku selalu dok lawan balas emel dengan si Rahel orang Fantasy Holiday hihihi kengkadang tokeynya Pak Erwin yang balas. Dah g terjah, our guide driver kenalkan diri dia as Adit. Aku dok konpius, rupanya panggil Adit , welfrit tu nama keluarga le haa.. surname.

Dari Airport pukul 9 lebih hampir 10 mungkin kami terus bergerak ke Parapat, sebab esok nak menyusuri Tasik Danau Toba. Adit cakap ambik masa dalam 5 jam jugak. So bermula lah perjalanan kami. Pukul 12, kami berhenti makan tengah hari kat restoran apa ntah, dah lupa heh. Then sambung perjalanan ke Parapat. Sebelum tu ada singgah kat Paten. Paten ni cam kedai jual kudapan la lebih kurang, ala-ala kacang tumbuk segala. Aku cuci mata ja tak beli pon. 

Hampir pukul 3 petang, kteorang sampai di Parapat. Adit uruskan untuk check in Danau Toba International Cottage, Parapat. Sambil tunggu nak masuk bilik, lepak-lepak makan angin. Masuk bilik ja usha-usha keadaan sekeliling, buka pintu balkoni boleh terjun tasik. Bilik menghadap tasik hahha. Then, masing- terus lelap tak hingat dunia. 

Petang tu, selesai solat suma kteorang pusing-pusing makan angin kat area hotel ja. View yang mendamaikan, dengan angin sepoi-sepoi, posing-posing ambil gambar. Malam ni tunggu adit datang pick up untuk pergi dinner.





Selesai day 1, to be continued... Insyaallah nak update jugak trip ke Krabi, Bandung and Ho Chi Minh sebelum ni. walaupun dah basi sangat hahhaha..Dah bertahun lamanya heh.











June 15, 2014

Berkelah di Janda Baik -21.9.2013

Hello blog saya! Heh, Okay picnic ni dah lama tapi dok terperap ja. Tahun lepas punya nh! Huahahhh, Saja nak buat satu entry mana tau ada yang di luar sana dapat inspirasi mana nak pergi berpicnic hujung minggu. Destinasi dekat dengan KL ,tenang dan damai ja at Riverside Janda Baik, Pahang.


Air kat sini memang cetek ja, paling dalam pon agak-agak dalam paras lutut ja. Sesuai la kalau bawak anak-anak kecil. Aku adik beradik nak relax so okay je lah sambil makan-makan. Kteorang pagi gerak ke sana dari Putrajaya. Kteorang sewa pondok depan sungai ni.Pondok ni ada yang setingkat, ada yang dua tingkat. Kteorang amik yg setingkat ja.




Kalau nak bbq pon boleh, ramai-ramai syiok. Tapi kteorang msk sempoi ja, next time bbq ..


Bekal kami adik beradik :D

January 11, 2014

Makan @Pasta Express Putrajaya

Okay hari ni up entry first untuk tahun baru 2014! Okay maybe post ni boleh tambah satu lagi pilihan korang bila nak cari tempat makan kat Putrajaya. Takdalah asyik Alamnanda je kan.heh.. Pasta Express di Putrajaya. Lokasi dekat Presint 15 diplomatik tu , line belakang skali tau. Sebelah showroom perodua, satu line lah dengan Mr Kabab Biryani suma tu. Western lah kan, nama pon Pasta Express,hihi.. Rasanya baru je buka restoran ni sebab selalu kat sini tak ada pon lagi. Maybe early Januari this year bukanya.


Okay, masuk-masuk je restoran ni ni lah viewnya. Ada susunan botol-botol kat atas rak tergantung. 

This one adalah antara blackboards yang ada dalam kedai ni, diorang tulis menu siap dengan harga sekali.Nampak la konsep ala modern gitu heh.

 This one, teh jasmine kot tak salah aku. Rasanya biasa- biasa je, Nothing special aku rasa.


This is mine, grilled chicken chop, rasa okay lah, not bad. Sepadanlah dengan harga. Boleh refer harga kat black board tu hihi.


This one deep fried chicken chop. Akak aku order. Kat sini ada jugak bagi sesapa yang nak makan kek, dessert la kan. That day aku tengok ada red-velvet, tiramisu and..urm itu je aku ingat heh. Nampak cam yummeh gak tapi tak cuba pon sebab dah kenyang. Satu slice Rm 5.90 tak salah aku and looks worth the size. Selamat mencuba :)

October 27, 2013

"Bachelorette Party" di Grand Lexis Port Dickson - 25 Oktober 2013

Wahh tajuk entry sakan sangat! Hehe, hujung tahun ni sampai awal tahun depan memang list teman-teman yang nak kahwin memang berturut-turut. So aku and the gang ada la wat rancangan jenjalan coz tak lama lagi aida dah nak berubah status, huhu. nak enjoy kat tempat yang lain sikit "penampilan" nya berbanding tempat yang selalu kteorang terjah. So dapat la idea nak stay kat hotel with private pool. Tringin teghok la kiranya,haha. Dah bersempena dengan party ala kadar kteorang nh, akhirnya decide nak stay kat Grand Lexis, PD sebab kat sini yang bestnya suma bilik ada private pool hoho :D , 

Kebetulan waktu nak book hotel, ternampak ada promosi kat groupon untuk stay kat sini, so amalan berjimat terus dilaksanakan hihi. kteorang beli through groupon voucher ja, untuk suite ''Sky pool villa" , dapat lah murah sikit. ;)

Untuk elak surcaj berlebihan, kteorang plan sebolehnya nak pergi sebelum start cuti sekolah mid november akan datang. pilih punya pilih tarikh last-last kteorang decide pergi hari jumaat lepas opis hour sebab tarikh untuk hari sabtu suma dah fully book. Ada pros n cons nya di situ. Prosnya sebab tak payah bayar surcaj lain and dapat la rehat hari ahad nya sebab kteorang stay 1 malam je, party kan..1 malam cukup! plus kang kena bergolok bergadai plak nak bayar bilik hotel hahha. Cons nya, balik kerja dah pukul 6 petang, nk gerak pergi sana lagi lepas berkumpul suma, so kteorang check-in dah pukul 10 lebih. rugi la kat situ..bayar mahal nak private pool punya pasal kih3. tapi sini waktu check-in nya agak lewat tak salah aku dalam pukul 3 ke 4 pm jugak.

25-10-2013 lepas opis hour kul 6 pm aku pun tunggu dila datang nak gerak ke pit stop seterusnya jumpa aimi plak sebelum gerak ke tempat berkumpul suma sekali. Lepas cukup ahli jemaah 5 orang orang, kteorang gerak dari shah alam dalam pukul 8 lebih jugak tak salah aku.On the way ke hotel, detour jap kat kepsi Rasah Jaya tak salah aku, tapau apa patot. Lapar gile kot, lepas keja terus shoot ke tempat berkumpul huhu.

Sampai ja, check-in. Masuk bilik terus serang kepsi ala piranha kih3. Dah setel makan, apa lagi masing-masing tunjuk skill, aksi-aksi renangan ala kuda laut berparti dalam pool hihi. Best sangat boleh godek-godek suka hati swimming pool dalam bilik. Konon nak buat deco2 sket, last-last ampes tak sempat suma, ngan baru balik keja. kira kteorang "parti" ala kadar version muslimah of coz.. hihi


Besar bilik ni, memang muat up to 6 persons, ada 2 katil king size. tapi kteorang berlima je.


Masing-masing posing ala watak filem "wanita disebalik jendela" hahha..






View dari bilik kteorang, kat bawah ni water villas. bilik atas laut huhu, open air gitu pool diorang. boleh skodeng-skodeng weyh! hahah.


Lepas check-out kteorang wat short tour kat area bilik-bilik water villas tu sebelum pergi mandi manda kat pantai plak. Jyeahh.

Saja merajinkan diri update blog sawang nih, trip bandung and krabi bulan lepas still terperam dan cuba semangatkan diri nak wat entry hoho!




March 03, 2013

Melaka- sejarahku..Vol:1

Woah tajuk entry ala epik ala zaman kesultanan Melaka, tapi sebenarnya sejarah aku dan rakan-rakan lah di Melaka. Setelah lama bercita-cita nak ke Melaka togeder geder. Awal pagi bertolak dari Putrajaya selepas Aida ngan Aimi datang pick up. Sampai2 ja terus kteorang menuju ke bandar Melaka. Plan jalan-jalan bandar nya dulu then petang gerak ke tempat penginapan di Pengkalan Balak. 

Three of us

Tiap-tiap kali ambil gambar bertiga maksudnya adalah manusia yang menjadi "mangsa" bertugas sebagai fotografer kteorang. Hehe, lokasi Destinasi-destinasi kebiasaan pelancong-pelancong terletak memang berdekatan so parking je kereta satu tempat then jalan ke sana kemari walaupun bley tahan lah kan..err.
Antara lokasi yang kteorang terjah:

1) Muzium maritim
Ni kalau nak masuk fee sorang RM3, so dapat la korang masuk dalam kapal tengok apa-apa patut pasal     sejarah-sejarah berkaitan maritim zaman kesultanan Melaka dulu.

2) A'Famosa- Porta De Santiago
Ini free ja, kteorang gigih cari pintu utama sibuk nak bergambar tapi salah pusing naik kat bahagian atas dulu, penat weyh mendaki. tapi akhirnya berjaya jugak le.

3) Menara Taming Sari
RM 10 kalau nak naik menara nh, dalam 10 minit camtu lah rasanya menara berpusing dari bawah bawak korang naik ke atas. dapat la tengok pemandangan bandar Melaka.

4) Melaka River Cruise
Ni pun RM 10 gak, n memang berbaloi-baloi punya lah lama dok atas bot nih berpusing-pusing tengok  pemandangan sekeliling.sampai ada yang tertidur haha. antaranya tengok shophouses sepanjang sungai..





Bila dah selesai pusing-pusing bandar Melaka, kteorang pon gerak la menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pengkalan Balak sebab dah tempah chalet kat sana. Nak g pantai kisahnya..



December 20, 2012

Cik Lin kawen!

Owh dah sebulan cik nazlin my bestie jadi isteri orang.. masih pengantin baru,hehe.. Selamat pengantin baru to my dearest fren. Haziq and nazlin, bercinta dari sekolah InsyaAllah semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. Esok lusa ni nak balik kampung pergi makan kenduri kawan lagi.. . 

         Akad nikah on 10.11.12
        Cantik sangat :)
        Aye-aye captain!
         Fortress family :) -SAINA 01-05
Pic pengantin baju hijau dicedok dari fb pengantin. :P..



October 13, 2012

Meoww di Kuching- Version 1



Update2! Yes, baru balik dari Sarawak jenjalan dengan family, ok la menenangkan jiwa sekejap. A short escape hehe on 6th to 8th Oktober baru ni.

   Hari first jalan- jalan di sekitar waterfront. 


  Five of us!




Di Semenggoh Wildlife Centre, dapat jugak tengok orang utan setelah redha di hari hujan almaklumlah        hutan punya lah luas nak menunggu diorang datang kat watch area. coz orang utan ni tak dikurung tapi dilepaskan dalam hutan ntah berapa keluasannya aku dah tak ingat. So kalau diorang malas nk muncul so takdelah dapat tengok.  Punya tunggu dalam hutan sekali 2,3 ekor datang kat bahagian luar.


Trip untuk 3 hari 2 malam. Pusing-pusing bandar Kuching and sempat ke Serikin and good for us sebab cuacanya taklah panas sangat seperti yang selalu digembur-digemburkan. huhu