CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

April 23, 2012

Trippin Kota Kinabalu Vol:3


Okay, ini the next day. Kteorang sewa kereta sehari ni je plan nak pergi kundasang and Poring Hot Spring. Sewa kereta saga RM 120 so boleh kata murah jugak la kat KK ni. Selalunya kalau tanya-tanya pon 120 tu boleh dapat myvi cam tu ja. Disebabkan ayah member aku ni kenal dengan taukey ni so dapat la murah. Kteorang bertolak dari keluar dari apartment pon tak lah pagi sangat dah.. Aku pon da lupa, tapi dah cerah. Almaklumlah cerah kat KK ni awal. Dlm pukul 8 jugak mungkin.. 

Berhenti kejap di Pekan Nabalu


Di Kinabalu Park, cam biasa fee RM 3 untuk conservation dan simpan elok-elok tiket coz nanti kalau ke Poring Hot Spring dah tak perlu nak bayar dah conservation fee ni.


Di Timpohon Gate, banyak tupai jinak-jinak. Sibuklah kteorang bagi tupai makan kacang :)

Jom mendaki Kinabalu! Hehe, di Kinabalu Park

Poring hot spring: conservation fee punya tiket dah ada so bayar fee2 yang lain je la. Tapi yang aku tak boleh lupa bayar fee kamera. Kalau ada kamera kena bayar seketul RM5,huhu.


Canopy walk, satu tempat dengan Poring hot spring. Nak naik canopy walk ni nak kena mendaki dulu almaklumlah nak jalan atas pokok. Ketinggian nak mendaki bukit kat 1 KM gak,. Aishh yang gayat mungkin tak boleh naik sebab tinggi jugak. Sayup je tengok bawah dengan kayu sekeping tu.Hehe. Tapi best.



Ini di Mesilau, Desa cattle. Tempat ternak lembu untuk susu. Ala-ala New Zealand gitu. Nyaman sebab memang atas bukit. Penat kereta mendaki nak sampai sini. Kteorang ni sampai masuk ke kebun sayur orang la dalam usaha nak sampai sini. Tapi sebenarnya tak susah pon nak ke sini sebab ada sign board cuma kteorang je yang terlajak sket. Masuk sini pon kena bayar RM 3. Sebab makin ramai pengunjung ke sini so dah ada fee masuk even tak beli susu pon.




April 22, 2012

Trippin Kota Kinabalu Vol:2

Okay selepas beberapa lama,my malam ni second part kisah jalan-jalan kat Kota Kinabalu @KK February  lepas. Second day kat KK kteorang ke pulau-pulau yang sememangnya famous dengan pantai yang sangat cun. Plan asal nak ke Jesselton Point naik bot dari sana la,coz memang yang legally bot suma akan "berlepas" dari sana ke Taman-taman Tunku Abdul Rahman ni, tapi on the way ke sana tu memang jauh la kalau jalan kaki macam kteorang ni. So we decided amik boat yang dekat jeti lepas sket dari pasar basah tu and kalau kat sini xyah la bayar terminal fee. Sebab segala caj ada. Tapi conservation fee still lah kena bayar. Sorang RM3, bayar sekali je. Then bila dah bayar tu simpan so next pulau korang xyah bayar dah okay.

 Kat jeti,pepagi nak ke pulau.




 Ikan-ikan kat pulau manukan yang sangat jinak setelah diumpan dengan roti gardenier yang datang jauh dari semenanjung!



Islands hopping kteorang sebenarnya tak sempurna sangat, kononnya nak pergi 3 pulau. last2 2 je. Pandai gak klentong2 kat situ. Kteorang ke Pulau mamutik dan manukan. Adviseable pergi sapi kot. Mamutik biasa2 ja plus banyak batu karang, luka berdarah kaki aku yang tak pandai berenag nh.

Hati pon berdarah sebab handphone lemas kat situ:( Seriously sangat tak ingat handphone dalam poket then pergi bersnorkling. Memang tak dapat diselamatkanlah handphone tu. Sedeh sangat..

Seharian jugak kat pulau, petang baru balik. Perut kenyang je,.. Cuba bertabah.

Diorissimo

Dah lama tak menulis,kononnya sibuk lah. Banyak kisah yang jadi urmm takpa bertenang ja. InsyaAllah. PATIENT IS THE WORD!. Okay bag to basic,aishh tengah terhingin tengok seketul beg ni. Tengok tajuk entry pon da tau "diorissimo" babe! Bley teringin je la skang ni.. Lepas tengok pelakon kegemaran i galas beg huh terus bekenan sebab memang cun sesangat beg tu. Layan gambar yang aku "gugel2" nh..


 Banyak kaler ada. Tapi dok bekenan yang kaler oren tu.


Sebab terpandang gambar-gambar ni lah, aku pon sibok gugel beg apa la dia pakai.. :P

February 19, 2012

Trippin Kota Kinabalu

Dipendekkan cerita aku baru sampai dari Kota Kinabalu @ KK semalam, pergi bercuti ngan kengkawan dengan tiket flite yang dibeli quite a long time ago. nak murahkan biasala..huhu. over all a nice trip tapi tercalar perasaan hamba dek handphone yang tak lagi mampu "bernafas" terkorban sebab kelemasan dalam laut di pulau mamutik. sedeh sangat!

 Flite awal pagi 6.45 a.m, cuak jugak berlari. tengok  gate sudah close,berdebar. tapi Alhamdulillah sempat hee. sampainya awal nak drop luggage punya pasal dah pergi solat subuh pon terkejar-kejar huhhu.
 hari 1st sampai lepas check-in kat promenade apartment yang betol-betol kat bandar KK so jalan ja nak pergi kawasan sekitar,save bajet. relax2 then pergi berjalan dekat kawasan sekitar n cuci mata kat pasar kraftanganapi tak beli .ak.a pasar filipin tapi tak beli apa-apa pun.

 Kat Jesselton Point petang tu sebab nak survey harga nak ke pulau-pulau sekalian, bley tahan berjalan tapi still okay untuk pejalan kaki tegar cam aku.Haha.
Cuci mata sambil menghirup udara di tepi pantai...To be continued..

January 20, 2012

BIG Dinner Treat

.Had  great time dinner with our great teacher. Thanks a lot Tn Lee sebab murah hati belanja makan kat Bluewave. lawaknya belum sempat "taukey" datang kteorang dah dulu masuk tunggu kat tempat makan, nasib baik betol tempat yang dah di reserved tu. Basically makan chinese food, yang penting dim sum yang aku sangat suka bertingkat- tingkat bakul. "korang jangan malukan aku,kena makan sampai habis". haha ayat sir. Memang no mercy walaupun boleh tahan banyak yang di order tu.ada dishes lain jugak tapi kena tunggu gambar dari orang lain + sibuk makan tak hingat punya.,huhu lagi pun ada incident butter milk dari udang lompat masuk betul-betul dalam mata,buta sekejap.

Sharkfin soup yang biasa  and sichuan style yang pedas. aku prefer yang tak pedas sebab yang pedas tu bagi aku rasa sup camtu macam tak sesuai je ngan tekak aku and few types of dim sum. siew mai paling aku suka yang udang pon bley tahan selalu beli yang dah siap kat supermarket balik kukus sendiri ja kat rumah.

`                        

Dim sum initial stage, perut memang banyak lagi ruang sebab dah set susun ruang betul-betul coz few dishes lagi yang menunggu and sambil tunggu siap pergi lagi menjelajah meja buffet. sempat la rasa lamb chop bley tahan la rasa dia.

Dessert- ice longan, sea coconut apa benda ntah and the other one warm water chesnut dengan taufu. tak termasuk dessert lain pudding etc yang kteorang telan.:P

January 08, 2012

Anwar's verdict on January 9.

the  verdict of Anwar's sodomy trial will be on 9th January which is tomorrow. People have already started to give their thoughts which is normal and yeahh all the "perhimpunan" thing and whatsoever. Whatever the verdict will be. Just wait and see.

''We are men who been furnished with knowledge to uphold justice should then act as a wise thinker''- A lawyer to be.

December 13, 2011

Ratu basikal bendang

I’m touched! Terharu. thank you nazlin, nak expresskan kat cik nazlin a.k.a misha hatiku nih.  Ceriteranya semalam on the way nak balik ke  Shah Alam with my sis aku singgah kat rumah cik nazlin sekejap sebab ada pesan barang dari Bandung.. Dah on the way, then text lah cik nazlin . rupanya dia sibuk mengail di lokasi yang aku percaya bendang a.k.a sawah berdekatan sebab biasa join mengail sekali dulu.aku dah sampai rumah cik lin, nak balik katanya kereta pulak kena blok nasib baik ad beskal yang tetiba tanpa di duga datang menyelamat. Cik lin pun kayuh beskal dengan segala kekuatan ala  azizul hasni tapi aku percaya masih cuba mengekalkan keayuan ala maya karan Karin dalam cerita ombak rindu. Akhirnya sempat la kami jumpa, sembang-sembang sat saja lepas tu aku pun bertolak. Tak puas sembang,rindu lama tak jumpa heheh.. takpa nanti bebila bley qado.:)

Hasil edit yang entah apa-apa.Hehe:P

November 28, 2011

Jalan-jalan Kuala Selangor

Sabtu baru baru nih,aku akhirnya dapat ke Kuala Selangor with my sis and my lil brother. Asalnya ingat tingin la nak tengok kelip2 kalau berkesempatan tapi disebabkan aku ada test pagi sabtu tuh dari pukul 10 pagi sampai 1.30 so kteorang bertolak lepas aku abes test. tu pun sebenarnya tak plan sangat pun,tetiba akak aku cakap jadi and trus diorang datang amik aku. best jugak dalam perjalanan tuh tengok pemandangan alam sekeliling. aku sememangnya tengah tehingin nak makan chinese food kalau ke kuala selangor nih,so lps jalan2 tuh kiteorang g belasah  kat river view.Nyum nyumm

 Kteorang ke Bukit Malawati petang tuh,naik train ke atas bukit tuh. tiket harga untuk dewasa seorang RM 3,  tren ni nanti berhenti kat atas then boleh la turun kat situ tengok alam. kat atas tuh banyak sesangat monyet ke apa ak pn x sure tapi spesis sebegitu lah. tapi tak kacau orang mungkin dah biasa sangat ngn manusia nh

 

And ni antara menu yang di order malam tuh,,a butter prawn,siakap steam, bamboo clamp, sayur apa menda entah tapi ok sedap jugak. .Tapi butter prawn sini lain sikit, tak macam butter prawn yang biasa ada jala-jala emas tuh.Haha.lepas dah abes order kteorang tambah lagi 1 order man tao goreng, stim punya pun ada jugak..dah lama jugak ada plan nak ke kuala selangor ni nak makan seafood kat  restoran river view nh sebab banyak jugak baca review pasal makanan kat sini.

Worth going there,a great escape for me and thanks sis for the treat :)

November 22, 2011

Tahniah Malaysia! Auummmmm!!!!

Tahniah Malaysia dapat bawak pulang pingat emas sukan SEA kali ni!,part paling best sebab menang dengan indonesia,heh.Disebabkan dok hostel nh nak pergi tengok bola kat bilik tv nun memang bercita lah. Tapi,setia menunggu update status kat muka buku dari kawan-kawan!haha and plus dengar jeritan budak-budak nih memang saspen abes. tengah nak draf writ of summon pon memang tak  jalan. 

Suma pakat memuji Khairul Fahmi nih,but he's undeniably great, Badrol Bakhtiar jugak..huhu.Bangga cek jadi orang Kedah. haha. MALAYSIA's the Best.:)


November 19, 2011

CHENGDU and TIBET!

Tadi ada ternampak yang Airasia sekarang sedang ada contest,kalau menang dapat pergi Chengdu. Trip yang di sponsor lah critanya. Saja - saja jugaklah google sai Chengdu nih,yang menariknya tempat-tempat dengan pemandangan yang cantik. yang suka alam sekitar nih sesuai la. dan popular for its panda sebab di Chengdu ni ada panda breeding centre..huhu.

              Huanglong- Recognised by UNESCO as world heritage site
                                                    Panda cumel yang gebu-gebu.:)

Dah tengok-tengok pasal chengdu nh. i've came across info about Tibet too. plus it is one of the beautiful place that listed in my wishlist. kAT tibet ni ad perkhidmatan kereta api yang melalui "bumbung dunia".Ekspres Qinghai-Tibet. memang cantik sangat pemandangannya. Disebabkan perkhidmatan kereta api ni, pelancongan di Tibet dah makin popular.dapat info lama dulu and sejak tu berangan nak pergi Tibet. insyAllah nanti-nanti kalau ada rezeki

                                          Istana potala di Tibet