Moshi -moshi !
Mode japs sangat baru balik dari Jepun jumaat lepas hahah. Previous post dah hampir setahun lepas, bersawang sangat blog ni. Tiba-tiba teringat nak menulis semula disebabkan fresh lagi baru balik heheh mungkin boleh dijadikan panduan and of course sebagai kenangan untuk diri sendiri.
Last week 4.8.2016, bertolak lah aku dengan my lil brother ke negara matahari terbit hasil grab tiket sale beli hujung tahun 2015,RM 650 tak termasuk luggage n meal.just the two of us dah ala-ala nobita dengan doraemon. Flight dari KLIA2 pukul 2.30 pm dan sampai di haneda lebih kurang 10.30 pm waktu jepun. masa penerbangan lebih kurang 7 jam. Disebabkan sampai di sana waktu malam agak lambat, mengambil kira isu -isu lain aku awal-awal lagi dah decide untuk tidur di airport saja malam first kat jepun. *jimat 1 malam penginapan.
Lepas settle imigeresen dan ambik barang, kami pon cari spot nak lepak jap releks2 dan lepas tu naik ke level departure nak solat. Surau di Haneda airport ada dua bilik. nak masuk just tekan interkom dan pintu pon terbuka lah. kang nak kuar ada sensor, berdiri je kau kat pintu terbuka lah ha pintu. settle solat, turun balik ke level arrival sebab rs nya lebih tenang dan ada banyak seat. kami cari spot nak tidur tapi ramai dah jugak manusia yang memenuhi kerusi-kerusi kat situ. tidur lah jugak ala kadar. tapi sebelum tu sempat ke lawson* convenience store beli mineral water dan onigiri. turns out that was sparkling water..nasib lah nak tak paham bahasa jepun...then zZZ. Btw ada jugak bilik untuk shower, 30 minit dalam Y 1,030.
Aku dah decide nak aktifkan JR Pass yang aku dah beli kt JTB,Isetan KLCC esoknya. Ofis JR buka tak salah aku pukul 8.45 pagi. so dalam menunggu tu, aku sambung ja tidur walaupun dah cerah terang benderang, ,( subuh pukul 3 lebih pagi,),manusia pon sibuk lalu lalang. Sebelum 8.30 a.m aku dah beratur untuk tukar exchange order JR Pass, boleh tahan ramai beratur pon dengan tujuan yang sama. Make sure nama pada exchange order sama sebijik dengan passport ye.
Harga untuk ordinary 7 days , Y 29,110 . Waktu aku beli dengan currency semasa waktu tu RM1,136.00 . exchange order ni tempoh sah laku 3 bulan dari tarikh beli, so make sure waktu nak beli tarikh korang nak guna kat jepun tak lebih dari 3 bulan akan datang. tapi waktu beli pon, staff JTB akan tanya bila korang nak ke Jepun tu. Settle urusan redeem JR Pass. terus nak gerak ke tempat tinggal kami yang aku dah book through AirBnb di Taito-ku, dekat dengan stesen Uguisudani (JR Yamanote line) jepun ni punya lah banyak line train.,,urrrr
nak ke uguisudani ni, just guna monarail (cover by JR Pass) ke stesen hamamatsucho, dan dari situ tukar ke JR yamanote line ke Uguisudani... okayh setel part 1. bab jalan-jalan ..coming soon dalam volume akan datang.
No comments:
Post a Comment