October 27, 2013

"Bachelorette Party" di Grand Lexis Port Dickson - 25 Oktober 2013

Wahh tajuk entry sakan sangat! Hehe, hujung tahun ni sampai awal tahun depan memang list teman-teman yang nak kahwin memang berturut-turut. So aku and the gang ada la wat rancangan jenjalan coz tak lama lagi aida dah nak berubah status, huhu. nak enjoy kat tempat yang lain sikit "penampilan" nya berbanding tempat yang selalu kteorang terjah. So dapat la idea nak stay kat hotel with private pool. Tringin teghok la kiranya,haha. Dah bersempena dengan party ala kadar kteorang nh, akhirnya decide nak stay kat Grand Lexis, PD sebab kat sini yang bestnya suma bilik ada private pool hoho :D , 

Kebetulan waktu nak book hotel, ternampak ada promosi kat groupon untuk stay kat sini, so amalan berjimat terus dilaksanakan hihi. kteorang beli through groupon voucher ja, untuk suite ''Sky pool villa" , dapat lah murah sikit. ;)

Untuk elak surcaj berlebihan, kteorang plan sebolehnya nak pergi sebelum start cuti sekolah mid november akan datang. pilih punya pilih tarikh last-last kteorang decide pergi hari jumaat lepas opis hour sebab tarikh untuk hari sabtu suma dah fully book. Ada pros n cons nya di situ. Prosnya sebab tak payah bayar surcaj lain and dapat la rehat hari ahad nya sebab kteorang stay 1 malam je, party kan..1 malam cukup! plus kang kena bergolok bergadai plak nak bayar bilik hotel hahha. Cons nya, balik kerja dah pukul 6 petang, nk gerak pergi sana lagi lepas berkumpul suma, so kteorang check-in dah pukul 10 lebih. rugi la kat situ..bayar mahal nak private pool punya pasal kih3. tapi sini waktu check-in nya agak lewat tak salah aku dalam pukul 3 ke 4 pm jugak.

25-10-2013 lepas opis hour kul 6 pm aku pun tunggu dila datang nak gerak ke pit stop seterusnya jumpa aimi plak sebelum gerak ke tempat berkumpul suma sekali. Lepas cukup ahli jemaah 5 orang orang, kteorang gerak dari shah alam dalam pukul 8 lebih jugak tak salah aku.On the way ke hotel, detour jap kat kepsi Rasah Jaya tak salah aku, tapau apa patot. Lapar gile kot, lepas keja terus shoot ke tempat berkumpul huhu.

Sampai ja, check-in. Masuk bilik terus serang kepsi ala piranha kih3. Dah setel makan, apa lagi masing-masing tunjuk skill, aksi-aksi renangan ala kuda laut berparti dalam pool hihi. Best sangat boleh godek-godek suka hati swimming pool dalam bilik. Konon nak buat deco2 sket, last-last ampes tak sempat suma, ngan baru balik keja. kira kteorang "parti" ala kadar version muslimah of coz.. hihi


Besar bilik ni, memang muat up to 6 persons, ada 2 katil king size. tapi kteorang berlima je.


Masing-masing posing ala watak filem "wanita disebalik jendela" hahha..






View dari bilik kteorang, kat bawah ni water villas. bilik atas laut huhu, open air gitu pool diorang. boleh skodeng-skodeng weyh! hahah.


Lepas check-out kteorang wat short tour kat area bilik-bilik water villas tu sebelum pergi mandi manda kat pantai plak. Jyeahh.

Saja merajinkan diri update blog sawang nih, trip bandung and krabi bulan lepas still terperam dan cuba semangatkan diri nak wat entry hoho!




March 03, 2013

Melaka- sejarahku..Vol:1

Woah tajuk entry ala epik ala zaman kesultanan Melaka, tapi sebenarnya sejarah aku dan rakan-rakan lah di Melaka. Setelah lama bercita-cita nak ke Melaka togeder geder. Awal pagi bertolak dari Putrajaya selepas Aida ngan Aimi datang pick up. Sampai2 ja terus kteorang menuju ke bandar Melaka. Plan jalan-jalan bandar nya dulu then petang gerak ke tempat penginapan di Pengkalan Balak. 

Three of us

Tiap-tiap kali ambil gambar bertiga maksudnya adalah manusia yang menjadi "mangsa" bertugas sebagai fotografer kteorang. Hehe, lokasi Destinasi-destinasi kebiasaan pelancong-pelancong terletak memang berdekatan so parking je kereta satu tempat then jalan ke sana kemari walaupun bley tahan lah kan..err.
Antara lokasi yang kteorang terjah:

1) Muzium maritim
Ni kalau nak masuk fee sorang RM3, so dapat la korang masuk dalam kapal tengok apa-apa patut pasal     sejarah-sejarah berkaitan maritim zaman kesultanan Melaka dulu.

2) A'Famosa- Porta De Santiago
Ini free ja, kteorang gigih cari pintu utama sibuk nak bergambar tapi salah pusing naik kat bahagian atas dulu, penat weyh mendaki. tapi akhirnya berjaya jugak le.

3) Menara Taming Sari
RM 10 kalau nak naik menara nh, dalam 10 minit camtu lah rasanya menara berpusing dari bawah bawak korang naik ke atas. dapat la tengok pemandangan bandar Melaka.

4) Melaka River Cruise
Ni pun RM 10 gak, n memang berbaloi-baloi punya lah lama dok atas bot nih berpusing-pusing tengok  pemandangan sekeliling.sampai ada yang tertidur haha. antaranya tengok shophouses sepanjang sungai..





Bila dah selesai pusing-pusing bandar Melaka, kteorang pon gerak la menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pengkalan Balak sebab dah tempah chalet kat sana. Nak g pantai kisahnya..