December 20, 2012

Cik Lin kawen!

Owh dah sebulan cik nazlin my bestie jadi isteri orang.. masih pengantin baru,hehe.. Selamat pengantin baru to my dearest fren. Haziq and nazlin, bercinta dari sekolah InsyaAllah semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. Esok lusa ni nak balik kampung pergi makan kenduri kawan lagi.. . 

         Akad nikah on 10.11.12
        Cantik sangat :)
        Aye-aye captain!
         Fortress family :) -SAINA 01-05
Pic pengantin baju hijau dicedok dari fb pengantin. :P..



October 13, 2012

Meoww di Kuching- Version 1



Update2! Yes, baru balik dari Sarawak jenjalan dengan family, ok la menenangkan jiwa sekejap. A short escape hehe on 6th to 8th Oktober baru ni.

   Hari first jalan- jalan di sekitar waterfront. 


  Five of us!




Di Semenggoh Wildlife Centre, dapat jugak tengok orang utan setelah redha di hari hujan almaklumlah        hutan punya lah luas nak menunggu diorang datang kat watch area. coz orang utan ni tak dikurung tapi dilepaskan dalam hutan ntah berapa keluasannya aku dah tak ingat. So kalau diorang malas nk muncul so takdelah dapat tengok.  Punya tunggu dalam hutan sekali 2,3 ekor datang kat bahagian luar.


Trip untuk 3 hari 2 malam. Pusing-pusing bandar Kuching and sempat ke Serikin and good for us sebab cuacanya taklah panas sangat seperti yang selalu digembur-digemburkan. huhu

September 23, 2012

PAC SEPT 2012


Last Tuesday and Wednesday aku attend PAC. Diakui sebelum ke sana memang aku gugel sana sini baca sikit-sikit apa patot, at least I have some ideas of whats going to happen kan. Start pendaftaran pukul 8, sampai pukul 9. keluar rumah dlm 7.30 lbey lbey sket aku rasa dengan jam bagai mau nak dekat pukul 9 jugak lah baru sampai. terkocoh kocoh bawak dokumen apa patut pergi daftar. dapat lucky number 113. Lucky ke masalahnya?haha. kena timbang berat ngan ukur ketinggian, tak salah berat aku 42. semalam baru je timbang 42.9 ada peningkatan..heh. Pakai no. cam pesalah beratur 5 orang and photo shoot!

Dapat bilik tingkat 2,tapi boleh tahan jugak mendaki tangga coz lif rosak cam biasa hehe. Bilik bertiga, rumets sempoi and kteorang dapat satu group hehe.... To be continued

August 27, 2012

Mee udang Sg. Dua

Ni kisah waktu balik dari kedah ke kl baru ni yakni 25 hb yg lepas. Aku ngan Aida sempat jugak pergi terjah mee udang. Tetiba ja masa dalam keta muncul perasaan nak makan mee udang huhu. google punya google then decide nak cuba kat Restoran Aur Gading sebab ramai jugak yang post pasai mee udang kat sini. Okay la,not bad rasanya udang 3 ketul tapi besar beb. Tapi rasa nya more to mee bandung bagi aku,kemanisan udang tu x menyerlah bagi menu yang bernama "mee udang". Restoran ni kalau dari utara exit kat sg dua tu then straight ja.


yang dah bersemadi dalam perutku,haha. Aida nya kueyteow udang. r lupa nak khabo sepinggan RM 15.

June 16, 2012

Sungai Gabai

Pepagi hari ni bertolak mandi air terjun di Sungai Gabai with friends, enjoying ourselves plus makan- makan. Bawak bekal dari rumah, kteorang wat pasta and sandwich plus bawak sebijik tembikai. Aishh sedap jugak lah mendaki tangga bersama tembikai, nasib baik kecik je.

Enjoying myself bergelongsor kt air terjun, first time rasanya wat cmtu hehe. First2 segan jugak last2 bantai! :P. O n the way balik kteorang singgah di gerai-gerai jual buah sepanjang jalan, ntah berapa kali kteorang berhenti. Sakan gak shopping buah kawan-kawan aku nh. Durian,dokong,cempedak,manggis. Lengkap list hehe. By the way durian kteorang makan tengah jalan kat pondok sesat mana entah..

Gambar update later.

April 23, 2012

Trippin Kota Kinabalu Vol:3


Okay, ini the next day. Kteorang sewa kereta sehari ni je plan nak pergi kundasang and Poring Hot Spring. Sewa kereta saga RM 120 so boleh kata murah jugak la kat KK ni. Selalunya kalau tanya-tanya pon 120 tu boleh dapat myvi cam tu ja. Disebabkan ayah member aku ni kenal dengan taukey ni so dapat la murah. Kteorang bertolak dari keluar dari apartment pon tak lah pagi sangat dah.. Aku pon da lupa, tapi dah cerah. Almaklumlah cerah kat KK ni awal. Dlm pukul 8 jugak mungkin.. 

Berhenti kejap di Pekan Nabalu


Di Kinabalu Park, cam biasa fee RM 3 untuk conservation dan simpan elok-elok tiket coz nanti kalau ke Poring Hot Spring dah tak perlu nak bayar dah conservation fee ni.


Di Timpohon Gate, banyak tupai jinak-jinak. Sibuklah kteorang bagi tupai makan kacang :)

Jom mendaki Kinabalu! Hehe, di Kinabalu Park

Poring hot spring: conservation fee punya tiket dah ada so bayar fee2 yang lain je la. Tapi yang aku tak boleh lupa bayar fee kamera. Kalau ada kamera kena bayar seketul RM5,huhu.


Canopy walk, satu tempat dengan Poring hot spring. Nak naik canopy walk ni nak kena mendaki dulu almaklumlah nak jalan atas pokok. Ketinggian nak mendaki bukit kat 1 KM gak,. Aishh yang gayat mungkin tak boleh naik sebab tinggi jugak. Sayup je tengok bawah dengan kayu sekeping tu.Hehe. Tapi best.



Ini di Mesilau, Desa cattle. Tempat ternak lembu untuk susu. Ala-ala New Zealand gitu. Nyaman sebab memang atas bukit. Penat kereta mendaki nak sampai sini. Kteorang ni sampai masuk ke kebun sayur orang la dalam usaha nak sampai sini. Tapi sebenarnya tak susah pon nak ke sini sebab ada sign board cuma kteorang je yang terlajak sket. Masuk sini pon kena bayar RM 3. Sebab makin ramai pengunjung ke sini so dah ada fee masuk even tak beli susu pon.




April 22, 2012

Trippin Kota Kinabalu Vol:2

Okay selepas beberapa lama,my malam ni second part kisah jalan-jalan kat Kota Kinabalu @KK February  lepas. Second day kat KK kteorang ke pulau-pulau yang sememangnya famous dengan pantai yang sangat cun. Plan asal nak ke Jesselton Point naik bot dari sana la,coz memang yang legally bot suma akan "berlepas" dari sana ke Taman-taman Tunku Abdul Rahman ni, tapi on the way ke sana tu memang jauh la kalau jalan kaki macam kteorang ni. So we decided amik boat yang dekat jeti lepas sket dari pasar basah tu and kalau kat sini xyah la bayar terminal fee. Sebab segala caj ada. Tapi conservation fee still lah kena bayar. Sorang RM3, bayar sekali je. Then bila dah bayar tu simpan so next pulau korang xyah bayar dah okay.

 Kat jeti,pepagi nak ke pulau.




 Ikan-ikan kat pulau manukan yang sangat jinak setelah diumpan dengan roti gardenier yang datang jauh dari semenanjung!



Islands hopping kteorang sebenarnya tak sempurna sangat, kononnya nak pergi 3 pulau. last2 2 je. Pandai gak klentong2 kat situ. Kteorang ke Pulau mamutik dan manukan. Adviseable pergi sapi kot. Mamutik biasa2 ja plus banyak batu karang, luka berdarah kaki aku yang tak pandai berenag nh.

Hati pon berdarah sebab handphone lemas kat situ:( Seriously sangat tak ingat handphone dalam poket then pergi bersnorkling. Memang tak dapat diselamatkanlah handphone tu. Sedeh sangat..

Seharian jugak kat pulau, petang baru balik. Perut kenyang je,.. Cuba bertabah.

February 19, 2012

Trippin Kota Kinabalu

Dipendekkan cerita aku baru sampai dari Kota Kinabalu @ KK semalam, pergi bercuti ngan kengkawan dengan tiket flite yang dibeli quite a long time ago. nak murahkan biasala..huhu. over all a nice trip tapi tercalar perasaan hamba dek handphone yang tak lagi mampu "bernafas" terkorban sebab kelemasan dalam laut di pulau mamutik. sedeh sangat!

 Flite awal pagi 6.45 a.m, cuak jugak berlari. tengok  gate sudah close,berdebar. tapi Alhamdulillah sempat hee. sampainya awal nak drop luggage punya pasal dah pergi solat subuh pon terkejar-kejar huhhu.
 hari 1st sampai lepas check-in kat promenade apartment yang betol-betol kat bandar KK so jalan ja nak pergi kawasan sekitar,save bajet. relax2 then pergi berjalan dekat kawasan sekitar n cuci mata kat pasar kraftanganapi tak beli .ak.a pasar filipin tapi tak beli apa-apa pun.

 Kat Jesselton Point petang tu sebab nak survey harga nak ke pulau-pulau sekalian, bley tahan berjalan tapi still okay untuk pejalan kaki tegar cam aku.Haha.
Cuci mata sambil menghirup udara di tepi pantai...To be continued..

January 20, 2012

BIG Dinner Treat

.Had  great time dinner with our great teacher. Thanks a lot Tn Lee sebab murah hati belanja makan kat Bluewave. lawaknya belum sempat "taukey" datang kteorang dah dulu masuk tunggu kat tempat makan, nasib baik betol tempat yang dah di reserved tu. Basically makan chinese food, yang penting dim sum yang aku sangat suka bertingkat- tingkat bakul. "korang jangan malukan aku,kena makan sampai habis". haha ayat sir. Memang no mercy walaupun boleh tahan banyak yang di order tu.ada dishes lain jugak tapi kena tunggu gambar dari orang lain + sibuk makan tak hingat punya.,huhu lagi pun ada incident butter milk dari udang lompat masuk betul-betul dalam mata,buta sekejap.

Sharkfin soup yang biasa  and sichuan style yang pedas. aku prefer yang tak pedas sebab yang pedas tu bagi aku rasa sup camtu macam tak sesuai je ngan tekak aku and few types of dim sum. siew mai paling aku suka yang udang pon bley tahan selalu beli yang dah siap kat supermarket balik kukus sendiri ja kat rumah.

`                        

Dim sum initial stage, perut memang banyak lagi ruang sebab dah set susun ruang betul-betul coz few dishes lagi yang menunggu and sambil tunggu siap pergi lagi menjelajah meja buffet. sempat la rasa lamb chop bley tahan la rasa dia.

Dessert- ice longan, sea coconut apa benda ntah and the other one warm water chesnut dengan taufu. tak termasuk dessert lain pudding etc yang kteorang telan.:P