October 27, 2013

"Bachelorette Party" di Grand Lexis Port Dickson - 25 Oktober 2013

Wahh tajuk entry sakan sangat! Hehe, hujung tahun ni sampai awal tahun depan memang list teman-teman yang nak kahwin memang berturut-turut. So aku and the gang ada la wat rancangan jenjalan coz tak lama lagi aida dah nak berubah status, huhu. nak enjoy kat tempat yang lain sikit "penampilan" nya berbanding tempat yang selalu kteorang terjah. So dapat la idea nak stay kat hotel with private pool. Tringin teghok la kiranya,haha. Dah bersempena dengan party ala kadar kteorang nh, akhirnya decide nak stay kat Grand Lexis, PD sebab kat sini yang bestnya suma bilik ada private pool hoho :D , 

Kebetulan waktu nak book hotel, ternampak ada promosi kat groupon untuk stay kat sini, so amalan berjimat terus dilaksanakan hihi. kteorang beli through groupon voucher ja, untuk suite ''Sky pool villa" , dapat lah murah sikit. ;)

Untuk elak surcaj berlebihan, kteorang plan sebolehnya nak pergi sebelum start cuti sekolah mid november akan datang. pilih punya pilih tarikh last-last kteorang decide pergi hari jumaat lepas opis hour sebab tarikh untuk hari sabtu suma dah fully book. Ada pros n cons nya di situ. Prosnya sebab tak payah bayar surcaj lain and dapat la rehat hari ahad nya sebab kteorang stay 1 malam je, party kan..1 malam cukup! plus kang kena bergolok bergadai plak nak bayar bilik hotel hahha. Cons nya, balik kerja dah pukul 6 petang, nk gerak pergi sana lagi lepas berkumpul suma, so kteorang check-in dah pukul 10 lebih. rugi la kat situ..bayar mahal nak private pool punya pasal kih3. tapi sini waktu check-in nya agak lewat tak salah aku dalam pukul 3 ke 4 pm jugak.

25-10-2013 lepas opis hour kul 6 pm aku pun tunggu dila datang nak gerak ke pit stop seterusnya jumpa aimi plak sebelum gerak ke tempat berkumpul suma sekali. Lepas cukup ahli jemaah 5 orang orang, kteorang gerak dari shah alam dalam pukul 8 lebih jugak tak salah aku.On the way ke hotel, detour jap kat kepsi Rasah Jaya tak salah aku, tapau apa patot. Lapar gile kot, lepas keja terus shoot ke tempat berkumpul huhu.

Sampai ja, check-in. Masuk bilik terus serang kepsi ala piranha kih3. Dah setel makan, apa lagi masing-masing tunjuk skill, aksi-aksi renangan ala kuda laut berparti dalam pool hihi. Best sangat boleh godek-godek suka hati swimming pool dalam bilik. Konon nak buat deco2 sket, last-last ampes tak sempat suma, ngan baru balik keja. kira kteorang "parti" ala kadar version muslimah of coz.. hihi


Besar bilik ni, memang muat up to 6 persons, ada 2 katil king size. tapi kteorang berlima je.


Masing-masing posing ala watak filem "wanita disebalik jendela" hahha..






View dari bilik kteorang, kat bawah ni water villas. bilik atas laut huhu, open air gitu pool diorang. boleh skodeng-skodeng weyh! hahah.


Lepas check-out kteorang wat short tour kat area bilik-bilik water villas tu sebelum pergi mandi manda kat pantai plak. Jyeahh.

Saja merajinkan diri update blog sawang nih, trip bandung and krabi bulan lepas still terperam dan cuba semangatkan diri nak wat entry hoho!




2 comments:

  1. cantik sangat hotel ni! Pernah baca banyak kali orang update tentang hotel ni. Bestnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @ siti hajar: best sbb ada private pool hehe..

      Delete